Draft:JUNIOR DEVELOPMENT SPORTS CARNIVAL
Submission declined on 13 February 2025 by DoubleGrazing (talk). This is the English language Wikipedia; we can only accept articles written in the English language. Please provide a high-quality English language translation of your submission. Have you visited the Wikipedia home page? You can probably find a version of Wikipedia in your language.
Where to get help
How to improve a draft
You can also browse Wikipedia:Featured articles and Wikipedia:Good articles to find examples of Wikipedia's best writing on topics similar to your proposed article. Improving your odds of a speedy review To improve your odds of a faster review, tag your draft with relevant WikiProject tags using the button below. This will let reviewers know a new draft has been submitted in their area of interest. For instance, if you wrote about a female astronomer, you would want to add the Biography, Astronomy, and Women scientists tags. Editor resources
| ![]() |
Junior Development Sports Carnival adalah sebuah kejohanan sukan tahunan yang dianjurkan untuk membangunkan bakat muda dalam pelbagai disiplin sukan. Acara ini mempunyai dua segmen. Pertama, Junior Development sports Carnival yang menghimpunkan atlet muda dari pelbagai latar belakang untuk bersaing dalam suasana yang kompetitif dan membina. Kedua, Special- Junior Development Sports Carnival yang menghimpunkan kanak-kanak istimewa (Intellegence Disabilities)
Sejarah dan Objektif
Junior Development Sports Carnival pertama kali dianjurkan pada 2023 dengan tujuan utama menyediakan platform bagi atlet muda mempamerkan bakat dan meningkatkan kemahiran mereka dalam pelbagai jenis sukan. Program ini turut berfungsi sebagai landasan awal bagi pembangunan sukan peringkat negeri dan kebangsaan.
Objektif utama kejohanan ini termasuk:
1. Menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti sukan yang sihat dan kompetitif.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pembangunan sukan sejak usia muda.
3. Memberikan pendedahan kepada atlet muda terhadap suasana kejohanan sebenar.
4. Mengenal pasti bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
5. Menyediakan platform inklusif bagi kanak-kanak berkeperluan khas melalui Special Junior Development Sports Carnival.
Pembangunan sukan dalam kalangan kanak-kanak adalah asas utama dalam mencungkil bakat, membentuk disiplin, dan memupuk perpaduan. 3rd Junior Development Sports Carnival dan 2nd Special Junior Development Sports Carnival 2025 dianjurkan oleh Persatuan Penggerak Rekreasi Sejahtera Ipoh dan Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Timor, dengan sokongan Majlis Sukan Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, serta Persatuan Special Olympics Malaysia dan Perak.
Bertemakan “Di Mana Sukan Beraksi, Di Situ Perpaduan Berpaksi”, 3rd Junior Development Sports Carnival 2025 meneruskan kejayaan edisi sebelumnya, kini menampilkan 10 acara sukan serta pelbagai aktiviti sampingan. Bermula dengan 5 acara sukan kombat pada tahun 2023 dan berkembang kepada 9 acara pada 2024, penganjuran ini selari dengan visi YB Hannah Yeoh, yang menekankan sukan sebagai alat penyatuan rakyat dan pembangunan sosial.
Selain itu, 2nd Special Junior Development Sports Carnival 2025 (Sebelum ini dikenali sebagai Perak Special Children Games 2024) berpegang pada tema “Sukan Menyatukan, Pencetus Harapan”, memberi fokus kepada kanak-kanak istimewa dengan Kurang Upaya Intelektual (ID Children), sebahagian daripada kategori Masalah Pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Karnival ini bukan sekadar pertandingan, tetapi juga usaha membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran sosial, dan memperkukuh penerimaan masyarakat terhadap golongan istimewa.
Gabungan kedua-dua kejohanan ini bukan sahaja mencungkil bakat, malah menyemai semangat kesukanan, perpaduan, dan harapan untuk semua, seiring dengan aspirasi menjadikan sukan sebagai pemangkin keharmonian nasional.
Rangsangan
Dasar Sukan Negara & Pembangunan Sukan Kanak-Kanak
Dasar Sukan Negara 2009 serta Dasar Pembangunan Sukan OKU oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menekankan kepentingan sukan sebagai medium pembangunan fizikal, mental, dan sosial. Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) turut menggalakkan aktiviti sukan di peringkat sekolah untuk membina disiplin, bakat, dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Kaitan dengan program:
3rd Junior Development Sports Carnival sebagai platform pembangunan bakat dalam kalangan kanak-kanak bagi melahirkan atlet pelapis.
2nd Special Junior Development Sports Carnival sebagai sukan untuk terapi dan integrasi sosial bagi kanak-kanak istimewa.
Statistik Kanak-Kanak OKU di Malaysia
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga 31 Januari 2023, terdapat 152,065 kanak-kanak OKU berumur 18 tahun ke bawah, dengan 117,900 tergolong dalam kategori Masalah Pembelajaran. Ini membuktikan perlunya program sukan inklusif yang memberi peluang kepada mereka untuk bersaing dan berkembang.
Kaitan dengan program:
2nd Special Junior Development Sports Carnival memberi fokus kepada kanak-kanak dengan Kurang Upaya Intelektual (ID Children) melalui sukan sebagai alat terapi dan pembangunan diri.
Sukan sebagai Alat Penyatuan Rakyat
Menurut YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, sukan bukan sahaja membentuk individu yang sihat dan berdaya saing tetapi juga merupakan alat penyatuan rakyat. Program pembangunan sukan yang menyeluruh dapat merapatkan jurang antara pelbagai latar belakang dan keupayaan.
Kaitan dengan program:
Tema "Di Mana Sukan Beraksi, Di Situ Perpaduan Berpaksi" untuk 3rd Junior Development Sports Carnival menggambarkan bagaimana sukan boleh menyatukan masyarakat.
Tema "Sukan Menyatukan, Pencetus Harapan" untuk 2nd Special Junior Development Sports Carnival memperkukuh penerimaan masyarakat terhadap golongan istimewa.
Konvensyen Hak OKU (CRPD, PBB) – Artikel 26: Habilitasi & Pemulihan
Konvensyen Hak-Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) PBB menyatakan bahawa melalui program sukan dan sokongan masyarakat, kanak-kanak OKU dapat mencapai tahap keberdikarian maksimum, serta mengukuhkan keyakinan diri, kemahiran sosial, dan kebolehan vokasional.
Kaitan dengan program:
2nd Special Junior Development Sports Carnival bukan sekadar sukan tetapi juga program pemulihan dan pembangunan kendiri untuk kanak-kanak OKU.
Inspirasi dari Sumpah Olimpik Istimewa
Sejak 1968, Special Olympics International telah mempromosikan inklusiviti dalam sukan melalui Sumpah Olimpik:
“Let me win, but if I cannot win, let me be brave in the attempt.”
“Biarkan aku menang, jika aku kalah, biarkan aku terus berani dalam mencuba”
Kaitan dengan program:
2nd Special Junior Development Sports Carnival memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk menunjukkan keberanian dan semangat juang dalam sukan.
Gabungan 3rd Junior Development Sports Carnival dan 2nd Special Junior Development Sports Carnival bukan sahaja melahirkan bakat baru tetapi juga memperkukuh perpaduan nasional melalui sukan. Dengan dasar yang kukuh dan sokongan pelbagai agensi, program ini selari dengan aspirasi kerajaan untuk pembangunan sukan secara holistik.
References
[edit]https://www.un.org/development/desa/disabilities/convention-on-the-rights-of-persons-with-disabilities/article-26-habilitation-and-rehabilitation.html https://www.specialolympics.org/about/our-mission